Monday, April 7, 2008

Senibina Landskap (projek 1)

Rumah Banglo

kehendak :
Conner lot bungalow
1. plan (scale)
2. section - elevation - 2 minimum (scale)
3. perspective - 2 minimum
4. planting board @ planting material
5. planting plan
- board presentation - A2
- submit / present on- 26/04/08

Sunday, April 6, 2008

Assignment 3 (Senibina Landskap)



Rekabentuk landskap Taman Inggeris adalah satu senireka taman yang menggabungkan apa yang menarik untuk dilihat dan di cantumkan dengan keindahan alam semulajadi dan keindahan sesuatu elemen semulajadi yang diperkemaskan.

Rekabentuk landskap Taman Inggeris ini adalah ringkas tetapi menyenangkan mata yang memandang. Oleh kerana itulah kebanyakan tempat awam dan bangunan memilih rekabentuk Taman Inggeris ini.

Rekabentuk landskap Taman Inggeris ini berasal daripada Eropah, menariknya, rekabentuk landskap Taman Inggeris ini pada asalnya adalah hasil inspirasi yang telah dilukis dan memaparkan landskap Negara-negara Eropah. Hasil lukisan ini kemudiannya diadaptasikan kepada taman yang sebenar.

Rekabentuk landskap Taman Inggeris juga telah dipengaruhi dan ditambah oleh perekabentuknya.

Pengaruh budaya setempat Eropah dan budaya lama Eropah juga mempengaruhi rekabentuk landskap Taman Inggeris ini. Selain itu, rekabentuk landskap Taman Inggeris juga telah ditokok tambah mengikut idea pereka- perekanya.

Rekabentuk landskap Taman Inggeris tradisionaltelah menitikberatkan satu titik tumpu di dalam rekabentuk landskapnya. Pada titik tumpu ini rekabentuk landskapnya lebih d\titikberatkan. Pada titik tumpu ini kebiasaanya elemen landskap kejur dan elemen landskap bercirikan aircontohnya bangku taman dan pancuran air.

Karektor rekabentuk landskap Taman Inggeris ini juga diperlihatkan dengan susunan tanaman dalam kuantiti yang besar. Kuantiti taman yang besar ini dapat memberikan suasana semulajadi dalam taman tersebut. Walaubagaimanapun, penjagaan yang rapi perlu sentiasa ditikberatkan supaya ianya nampak kemas..

Kebanyakan perekabentuk landskap Taman Inggeris ini memperlihatkan keaslian landskap dahulu kala. Keadaan inilah yang dapat memberikan gambaran mengenai keadaan landskap tempat tersebut pada zaman dahulu.

Walau bagaimanapun pada zaman sekarang, berbagai rekabentuk landskap dapat dilihat. Namun begitu, rekabentuk landskap Taman Inggeris ini masih dianggap satu rekabentuk yang mempunyai pengaruh yang kuat di seluruh dunia.

Penat eh....

Baru tau rase camne org buat part time study...

penat mmg penat mmg penat...

rehat tak cukup..Senin sampe Jumaat keja....Sabtu sampe Ahad kelas...

tu la....org soh blajo terus dulu, takndak...

tapi takpe...semangat tgh berkobar2 ni.....

Baru Belajo Buat Blog

tak tau camne nak buat...
dah buat pastu tak tau lak camne nak nulis....
nak nulih ape.....